Friday, 30 October 2015

Tumor

Hai.
Topik kali ini saya nak bincangkan serba sedikit maklumat berkaitan 'TUMOR'.
Tumor atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan merupakan satu penyakit yang sangat ditakuti oleh golongan masyarakat. Kebanyakkan pesakit tumor ini didominasi oleh wanita.

Tahukah anda bahawa ketumbuhan dan kanser adalah berbeza ?

        Ketumbuhan merupakan ketulan atau luka yang terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal . Manakala,  kanser merupakan pertumbuhan sel dalam badan secara tidak terkawal dan akan merebak ke tisu-tisu dalam badan.

      Oleh itu, bukan semua tumor adalah kanser . Tumor terbahagi kepada dua iaitu 'benign' atau 'malignant'. Benign merupakan satu tumor yang tidak merbahaya iaitu ketumbuhan yang terhad berlaku pada bahagian tertentu. Ianya tidak akan merebak ke tisu-tisu yang lain dalam badan dan ianya tidak membawa kepada maut. Malignant pula berlaku jika pertumbuhan sel akan menyebabkan ianya merebak ke sel-sel atau tisu-tisu dalam badan. Oleh itu, Tumor malignant akan menjadi kanser.

      Walaubagaimanapun, penyakit ini masih boleh dirawat. Untuk tumor benign, pembedahan diperlukan bagi mengeluarkan ketulan yang ada pada anggota badan. Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat cancer contohnya pembedahan untuk membuang tisu kanser, kemoterapi, dan terapi radiasi.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga kerana penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa pon tidak mengira umur . Medical checkup dari semasa ke semasa amat penting. Hope info ni berguna.

Tuesday, 27 October 2015

SESAL

Sesal ? 
Apa yang korang sesalkan ?
Sesal sebab study last minutes?
      OR
Sesal sebab tak dapat apa yang korang nak ?
Sesal separuh nyawa ?
Nak menangis?
Tertekan ?
Semua tu datang sekaligus.
Tak diundang.

Okay. Berdasarkan intro korang tahu yang topik aku nak post berkaitan sesal .
Bagi aku, perkara yang aku sesal sebagai seorang pelajar bila aku tak boleh nak jawab soalan exam.
Masa tulah, dalam otak bercelaru nak ingat semua. Belek-belek kertas soalan berkali-kali tapi still tak dapat jawapan. Time tu mula lah rasa menyesal sebab tak ingat formula lah, tak fokus bab tu betol-betol. Study last minutes . Pelbagai penyesalan korang rasa. Bila soalan exam susah, macam-macam reaksi candidates yang korang nampak, ade yang diam , ade yang nangis kat luar dewan exam. Macam-macam ragam .
So, kita kene study smart supaya kita tak sesal pada masa akan datang .
Last, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
BYE!

Sunday, 18 October 2015

WORKERHOLIC

 Tahukah anda??
 Apakah perkara yang sangat memalukan oleh masyarakat jepun?
Situasi ini berlaku apabila seorang isi rumah melihat suaminya pulang awal dari kerja.

Workerholic.
Apakah itu workerholic?
Workerholic didefinasikan dengan satu sifat "hidup untuk bekerja".
Oleh itu, Workerholic ini digambarkan sebagai seseorang yang hidup di dunia ini semata-mata untuk bekerja sahaja.
Inilah yang saya ingin kaitkan dengan kehidupan masyarakat Jepun yang malu apabila ahli keluarga mereka pulang awal daripada kerja .
Tutup cerita tentang kehidupan masyarakat yang malu dengan perkara tersebut.

Mari kita beralih dengan sifat workerholic.
Di dunia ini, kajian menyatakan terdapat 14 buah negara yang mempunyai peratusan rakyatnya adalah kalangan workerholic.

  Senarai negara yang dicatatkan sebagai workerholic :

  1. Jepun 
  2. Australia
  3. Afrika selatan
  4. Korea Selatan
  5. Amerika Syarikat
  6. Kanada
  7. Brazil
  8. India
  9. Sweden
  10. China
  11. Poland
  12. Itali
  13. Russia
  14. Mexico 

Beban

Load?
Burden?
Dua-dua membawa maksud yang sama iaitu beban.
Beban membawa banyak maksud dari segi yang berbeza.

Beban :
-Tanggungjawab yang dipikul.
-muatan yang berat.
-tugasan kerja yang terlalu banyak.

Setiap orang mesti mempunyai beban yang dipikul tidak kiralah dari segi apapon .
Ada yang beban dari segi kewangan, pelajaran.
Bagi saya sebagai seorang pelajar baru universiti, beban yang saya pikul adalah dalam mengadaptasi kehidupan di universiti dan cara pembelajaran di sini.
Cara pembelajaran disini adalah lain daripada sekolah dan matrikulasi. Dekat sini kita tak boleh bergantung dengan lecturer je. Nota yang disediakan pon tidak mencukupi so kita kena cari bahan bacaan yang lain untuk mendapat maklumat yang terperinci.
Dari segi assignment, soalan yang diberikan memerlukan kefahaman semasa di kuliah . kalau tak , kita tak boleh nak buat dan faham. Soalan dia boleh dikatakan High critical thinking level lah .
Hence, kita kenalah pandai manage sendiri kehidupan sebagai seorang mahasiswi .








Saturday, 17 October 2015

10.10

10.10 ?

Kenapa dengan 10.10 ? 

Ada apa ?

Masa mula-mula dapat tema ni rasa macam blurrrr sebab tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba terfikir yang 10.10 tu Hari Sukan Negara.

Pada tahun ini , Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10.10.2015 . Ianya berlangsung secara serentak di seluruh negeri . 

Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja , ianya juga menitikberatkan penglibatan secara bersama bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat tidak mengira kaum , agama dan juga budaya . 

Pelbagai program yang dianjurkan dalam program ini . Antara program utama ialah Penang Bridge Challenge, Kayuhan Hari Sukan Negara, Upm Run Forest Run dan banyak lagi . 
 Penang Bridge Challenge
Kayuhan Hari Sukan Negara

Kerajaan mengalu-alukan masyarakat untuk menyertai program ini bagi menyemarakkan lagi program tersebut .  
Bagi saya, program ini amat bagus bagi masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan memberi kesedaran kepada masyarakat. 
Last but not least , join lah Hari Sukan Negara pada tahun akan datang ye . 
Bye !


Saturday, 10 October 2015

CULTURE SHOCK

Suasana belajar di Universiti adalah berbeza dengan di Matrikulasi . Kekadang rasa macam culture shock pon ade jugak . Maklumlah dulu kat Matrikulasi terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Keluar outing pon hanya dibenarkan hari Jumaat sampai Ahad dari Pukul 7 pg sampai 7 malam . Kalau balik lewat , mula lah hidup macam penjara , terkurung je kat kolej sebab kad matrik kene block sebulan.  Nak balik rumah pon kene tunggu tarikh balik bermalam. Pakaian pon kene ikut peraturan , kalau pergi kuliah just boleh pakai bajukurung yang berpesak dan kasut mesti bertutup. 

Tapi.. Bila dah belajar kat universiti semuanya dah lain. Senang cerita bebas lah . Kau nak buat apa pon takde org yang kisah.Tiap-tiap minggu korang boleh balik. Nak keluar bila-bila pon boleh. One more things, pembelajaran di universiti tak macam kat matrikulasi ade lecturer yang push. Kat sini korang kena pandai manage sendiri. For me , pelajar baru agak rase culture shock lah bila nak pergi kelas pada permulaanya terfikir boleh ke pakai baju ni.? Boleh ke balik malam . Bila balik lewat sikit je dah rasa resah sebab dulu kat matrikulasi tk boleh macam ni . Bila ada assignment je kene terus buat, lecturer takde push . Kesimpulannya, kita kena pandai manage masa kat universiti and yang paling penting jaga diri . okayy . 

SAHABAT

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Pernah tak korang dengar rangkap lagu ni . Lagu yang pernah Top seketika dahulu yang dinyanyikan oleh Najwa latif.
SAHABAT...
-Seorang yang akan ada saat kita susah dan senang.
-Seorang yang akan motivate kita masa kita jatuh dan bukannya memperlekehkan atau mengumpat kawan sendiri. 
- orang yang kita percaya untuk mengadu atau bercerita masalah kita tak kira lah masalah peribadi ataupun pelajaran . 

Aku ade sorang kawan yang aku kenal dari sekolah menengah sampailah sekarang. Dia salah sorang sahabat yang sentiasa ada dengan aku. Dari Form 1 sampai form 5 kelas yang sama. Masuk kolej Matrikulasi yang sama and now Universiti yang sama . Tapi  kolej kediaman yang berlainan. KAB dengan KIZ agak jauh . Susah nak jumpa walaupun satu fakulti. 
Dialah tempat aku bercerita, tempat mengadu. Bila dia tahu aku sakit, suruh aku pergi klinik lah , beli vitamin lah , macam2. Dia pulak yang risau . Hurm , Thanks sebab ade disisi aku bila aku susah n senang . Rinduu kau .

Friday, 2 October 2015

MENTOR

MENTOR ?

Kenapa perlu ade mentor ?

Apa peranan mentor ?

Kenapa perlu ada program mentor-mentee ?

Semua persoalan berada di fikiran bagi sesorang yang bergelar pelajar. 
Saya akan jawab persoalan tersebut.

Setiap tempat pengajian atau tempat belajar sama ada di sekolah mahupun di universiti  mesti mempunyai program mentor-mentee. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai mentor masing-masing.
 
Apa itu Mentor-mentee ?

- Mentor merupakan kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada seseorang. Kebiasaannya , mentor mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

- Mentee merupakan individu yang kurang berkemahiran dan pengalaman atau seorang pelajar.

Peranan Mentor :

- Mentor berperanan untuk menasihati mentee jika perlu. Sebagai contoh, apabila keputusan peperiksaan mentee semakin menurun maka mentor berperanan untuk berjumpa dan bertanya kepada mentee masalah yang dihadapi serta menasihatinya. Secara tidak langsung mentor memainkan peranan penting sebagai pembimbing secara berterusan bagi mengembangkan potensi dan bakat pelajar .

Konklusinya, program mentor-mentee diadakan bagi mengelakkan pelajar daripada tercenderung dengan perkara yang negatif dan memberi sokongan kepada pelajar bagi mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran.