Friday, 2 October 2015

MENTOR

MENTOR ?

Kenapa perlu ade mentor ?

Apa peranan mentor ?

Kenapa perlu ada program mentor-mentee ?

Semua persoalan berada di fikiran bagi sesorang yang bergelar pelajar. 
Saya akan jawab persoalan tersebut.

Setiap tempat pengajian atau tempat belajar sama ada di sekolah mahupun di universiti  mesti mempunyai program mentor-mentee. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai mentor masing-masing.
 
Apa itu Mentor-mentee ?

- Mentor merupakan kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada seseorang. Kebiasaannya , mentor mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

- Mentee merupakan individu yang kurang berkemahiran dan pengalaman atau seorang pelajar.

Peranan Mentor :

- Mentor berperanan untuk menasihati mentee jika perlu. Sebagai contoh, apabila keputusan peperiksaan mentee semakin menurun maka mentor berperanan untuk berjumpa dan bertanya kepada mentee masalah yang dihadapi serta menasihatinya. Secara tidak langsung mentor memainkan peranan penting sebagai pembimbing secara berterusan bagi mengembangkan potensi dan bakat pelajar .

Konklusinya, program mentor-mentee diadakan bagi mengelakkan pelajar daripada tercenderung dengan perkara yang negatif dan memberi sokongan kepada pelajar bagi mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran.


No comments:

Post a Comment