Saturday, 10 October 2015

CULTURE SHOCK

Suasana belajar di Universiti adalah berbeza dengan di Matrikulasi . Kekadang rasa macam culture shock pon ade jugak . Maklumlah dulu kat Matrikulasi terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Keluar outing pon hanya dibenarkan hari Jumaat sampai Ahad dari Pukul 7 pg sampai 7 malam . Kalau balik lewat , mula lah hidup macam penjara , terkurung je kat kolej sebab kad matrik kene block sebulan.  Nak balik rumah pon kene tunggu tarikh balik bermalam. Pakaian pon kene ikut peraturan , kalau pergi kuliah just boleh pakai bajukurung yang berpesak dan kasut mesti bertutup. 

Tapi.. Bila dah belajar kat universiti semuanya dah lain. Senang cerita bebas lah . Kau nak buat apa pon takde org yang kisah.Tiap-tiap minggu korang boleh balik. Nak keluar bila-bila pon boleh. One more things, pembelajaran di universiti tak macam kat matrikulasi ade lecturer yang push. Kat sini korang kena pandai manage sendiri. For me , pelajar baru agak rase culture shock lah bila nak pergi kelas pada permulaanya terfikir boleh ke pakai baju ni.? Boleh ke balik malam . Bila balik lewat sikit je dah rasa resah sebab dulu kat matrikulasi tk boleh macam ni . Bila ada assignment je kene terus buat, lecturer takde push . Kesimpulannya, kita kena pandai manage masa kat universiti and yang paling penting jaga diri . okayy . 

No comments:

Post a Comment