Kali ini aku nak cerita sikit pasal trip yang aku join. Trip pergi Cameron Highland. Trip ini hanya bayar Rm30 sahaja untuk dua hari termasuk makan pagi dan malam serta penginapan. Murah kan? Rugi lah bagi sesiapa yang tak join.
Day 1
Kitorang sampai puncak cameron highland tu nak subuh. Singgah dekat masjid kejap. Masa tu kitorang masing-masing tak pakai baju sejuk. Memang menggigil lah jalan and air dia sejuk yang teramat sangat. Memang tak sangguplah.
Masa ni, kitorang tengah berkumpul untuk tunggu yang lain siap. ni semua classmates and yang duduk tu pensyarah akaun and family dia.
Lepas semua siap, kitorang pergi ke bee farm dan jugak ladang teh.
Cantikkan ladang teh ni. masa nak masuk ladang teh ni kita kena naik transport yang dia sediakan ataupun naik kereta sendiri. Bas yang disediakan untuk naik ke ladang teh ni bas yang dah lama. Sepanjang perjalanan tu memang takot lah sebab cerun and jalan dia sempit sangat. Bila dah sampai. First things yang kita buat ialah pergi tengok cara memproses teh. Lepastu kitorang bebas nak pergi mana-mana pon. Aku dengan kawan-kawan terus turun ke ladang teh sebab excited sangat nak tangkap gambar pemandangan. Lama jugak lah kita kat situ tak silap sampai petang kat situ sebab kena tunggu transport. Waktu malam pulak, kitorang pergi pasar malam. Memang ramai orang kat situ. Kitorang pon ape lagi shopping lah kat situ . Beli strawberry kering san sebagainya.
Day 2
Hari kedua kitorang pergi kat sini. Lupa nama dia apa. Kat sini kitorang tengok pokok strawberry and beli. Kat sini dapat minum air strawberry fresh , ice cream dan banyak lagi. Lepastu Kitorang pergi pasar untuk beli cenderamata ke buah-buahan ke. Semua ada. Sebelum balik kolej kitorang singgah air terjun. Air terjun tu memanglah best . Tapi sayangnya, pensyarah tak bagi mandi sebab takot benda yang tak diinginkan berlaku.
Macam ni jelah trip ke Cameron Highland.
Seronok sebab dapat holiday dengan kawan-kawan. Pengalaman .












