Kalau cerita bab makan je nombor satu.
Lagi-lagi kalau time lapar.
Macam-macam jenis makanan disebut.
Okay, hari ini saya nak share makanan yang famous di Penang sebab penang memang 'syurga makanan' .
Kalau pergi Penang tak sah lah kalau tak pergi makan pasembor, nasi kandar, char koay teow .
Penang juga famous dengan jeruk.
PASEMBOR
Bagi sesiapa yang tak tahu pasembor tu apa. Inilah rupa pasembor . Pasembor ni merupakan salad india Malaysia. Ia terdiri daripada timun,bawang, ubi kentang, sotong goreng dan sebagainya. Ia dihidangkan dengan kuah manis berempah. Kuah dia lebih kurang kuah kacang lah . Pasembor ni boleh didapati di sekitar Gurney.
NASI KANDAR
Yang ni pulak Nasi Kandar. Nasi Kandar ni memang famous lah kat Penang. Nasi Kandar merupakan nasi yang dihidangkan dengan pelbagai jenis kari yang dicurah ke atas nasi. Tempat yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya ialah Nasi Kandar Line Clear dan Nasi Kandar Beratur.
JERUK
Jeruk juga merupakan tempat tumpuan orang ramai terutama sekali pelancong. Terdapat pelbagai jenis jeruk yang boleh didapati contoh jeruk betik , buah pala dan sebagainya. harga jugak berpatutan.
So, bagi sesiapa yang nak melancong ke Penang. Jangan lupa singgah ye ~




No comments:
Post a Comment