Rekacipta merupakan satu proses penghasilan produk baru manakala inovasi adalah penghasilan produk yang lebih baik dengan cara penambahbaikan.
Berkaitan rekacipta dan inovasi, aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku semasa menyertai pertandingan rekacipta dan inovasi masa kat matrik dulu.
Masa tu setiap kelas kena dan wajib hantar wakil 3 orang satu group. Dia beri tempoh dua minggu untuk kita siapkan report projek. Pertandingan agak mencabar lah. Kelas pada mulanya tak ada wakil pon. Masin-masing diam je. Lagi seminggu sebelum due date hantar report. Aku decide nak join dengan ketua praktikum.Group kitorang terdiri daripada aku , Nasuha and Anis. Kitorang decide untuk buat vibrating pillow with alarm. Kitorang kena buat report untuk projek tu . Apa kebaikan dia, kos yang diperlukan , kenapa nak hasilkan barang tu. Masa nak buat report tu memang masing-masing tidur 3 pagi siapkan report sebab nak kena hantar. Pertandingan ni ade 100 lebih kumpulan yang hantar report. So , kitorang tak expect pun untuk pergi ke stage seterusnye sebab pesaingan semua sengit.
Kemudian, bila result keluar . Hanya 50 pasukan sahaja yang layak pergi final dan kitorang merupakan salah satu kumpulan yang layak. Untuk final, kitorang kena hasilkan barang tersebut untuk demo. Masa diberi hanya sebulan . Masa tu memang tertekan , mencabar dan sangatlah busy.
Sebab nak kena cari guru pembimbing, nak cari barang lagi , nak bagi connection untuk vibrate kan pillow and alarm. Dah lah kitorang semua tak mahir fizik sebab amik fizik masa form 4 and 5. Tahu sikit-sikit je teori. Atlast, kita mintak tolong orang makmal untuk connect kan benda tu. Lagi beberapa hari nak present wire pulak terbakar. Huh. rasa macam nak menangis. Tapi buat lagi sekali dan menjadi. Malangnya, kitorang tak sempat untuk connect dengan alarm dan masukkan dalam bantal. Kita hanya demo je. Pertandingan final ada pameran selama 3 hari , dan kitorang kena present depan 10 orang juri . Macam-macam soalan dia tanya and group kitorang tak menang masa tu. But, its okay . Pertandingan memang lah ade yang kalah .

No comments:
Post a Comment