Pernah tak korang rasa teringin nak pergi ke Paris?
Bagi saya, Paris merupakan salah satu tempat yang saya ingin pergi jika berkesempatan. Paris adalah salah satu tempat yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong.
Ianya dikenali dengan Ia Ville Lumiere iaitu bandar bercahaya kerana pada waktu malam ianya diterangi dengan cahaya lampu.
Antara tempat menarik di Paris ialah:
The Lourve museum merupakan satu museum seni , reka bentuk dan juga tempat bersejarah . Museum ini sangat besar dan memaparkan pelbagai jenis karya. Antaranya monalisa. Venus de Milo , Egyptian antiquities.
Eiffel Tower
Eiffel tower merupakan menara besi yang dibina selama 2 tahun . Menara ini menjadi simbol Perancis. Ia mempunyai ketinggian 300 meter. Menara ini dikunjungi lebih daripada 200 juta orang sejak ianya dibina.

No comments:
Post a Comment