Tuesday, 8 December 2015
Basic Wellness
Basic wellness ni merupakan salah satu subjek citra yang aku ambil untuk sem ni. Kelas basic wellness ni adalah kelas yang mengajar tentang kesihatan serta sukan. Pengajar basic wellness I kitorang panggil Kak Rien. Kak Rien ni comel je orang dia and dia sangatlah sporting. Untuk kelas wellness ni banyak aktiviti luar daripada kelas biasa. Contohnya, merapoh forest run, air terjun dan sebagainya . Merapoh forest run ni merupakan aktiviti larian sejauh 15 km atau 30 km dekat Pahang. Aku tak join lah aktiviti ni sebab ada exam. So sesiapa yang pergi tu kenalah lari sepanjang 15 km tu. Berdasarkan pengalaman mereka, larian tu sangat mencabar sebab kena naik turun bukit dan tak ada jalan yang straight. Memang penatlah . Dah lah tak ada training apa-apa but semua yang pergi tu dapat complete kan larian 15km tu walaupun tak menang. Kira okay lah kan. Kelas terakhir, kami kena lari sepanjang 2.4 km untuk tengok tahap kecergasan. 2.4 km tu 6 kali pusing trek kat stadium ukm. Kali ni aku join dan aku completekan larian tu selama 20 minit. haha. Bukan atlet kan . Tak pernah lari tiba-tiba kena lari. Memang penatlah. Sakit kaki semua ada. Kena letak ais sebab takut kejang. Kelas wellness ni memang baguslah sebab kalau tak masuk kelas ni memang tak lah nak pergi jogging kan.
Labels:
Bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment