Hai guys!
Kali ni aku dapat tema untuk tajuk blog berdasarkan huruf pertama dalam nama sendiri.
So, aku perlu fikir tajuk apa yang menggunakan huruf BS.
BS.....
Apa benda yang aku nak cerita eh?
Penat jugak lah nak fikir tajuk ni.
Akhirnya, aku dapat idea untuk buat tajuk BS iaitu Batu Seremban.
Hahhh!
Korang tahu tak batu seremban tu apa?
Batu seremban ni bukan batu yang ada dekat seremban tau.
Batu seremban ni sebenarnya sejenis permainan tradisional orang Melayu. Kebiasaannya, batu seremban ni perempuan yang main tak kiralah secara individu ataupun berkumpulan.
So, girls mesti pernah main kan .
Batu seremban ni menggunakan batu atau karung yang dijahit dan diletakkan pasir dalam kain tersebut. Ianya memerlukan sebanyak lima biji. Permainan ni dimainkan pada masa lapang. Permainan ni agak seronok, So, bagi sesiapa yang tak pernah main. Boleh lah mencuba.

No comments:
Post a Comment