Monday, 21 December 2015
Prolog
26 Mei 2014- bermula lah kehidupan sebagai seorang pelajar Matrikulasi.Pada hari tersebut , aku gerak daripada segamat dalam pukul 8 pagi dan sampai matrikulasi Melaka dalam pukul 10. Pendaftaran bermula dengan keadaan sesak dan ianya mengambil masa yang lama untuk meyelesaikan pendaftran tersebut kerana ia perlu diselesaikan mengikut step. Bila dah dapat asrama and bilik yang ditetapkan. Aku pon tak sabar nak tengok bilik. Satu perkara yang aku tak suka sangat sebab nak kena angkat barang and parking kereta jauh sangat. Dah lah tengahari buta. Masa masuk bilik tu aku nampak ada 4 buah katil dimana 2 yang berada di tingkap dah ada tuan, So aku hanya ada cdua choice je. Masa tu roomate tu semua keluar belom masuk lagi.Aku pon tertunggu-tunggu jugak lah. Lepas itu seorang demi seorang masuk. Ada seorang tu masuk memang tak senyum langsung. Dalam hati aku, " isyyy, sombongnya dia ni". Pukul 4 petang tu dah start orientasi. Minggu orientasi memang penatlah. Habis pukul 12 and bangun kul 4. Pada ketika itu, benda paling yang aku rasa annoying bila handphone roomate masing-masing set alarm clock banyak kali and kuat tapi tak bangun-bangun. yang seorang tu aku agak stress lah pada mulanya sebab bunyi alarm clock ayam berkokok banyak kali. Selepas seminggu orientasi, kami memulakan sesi p&p seperti biasa.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment