Monday, 21 December 2015
Epilog
28 April 2015- paper terakhir yang aku duduki untuk exam final. Exam yang menentukan keputusan pengajian aku selama setahun di sana. Banyak kenangan sepanjang aku dekat sana. Tidak kiralah sama ada suka ataupun duka. Kenangan yang terakhir yang aku cipta adalah dimana roomate aku sambut birthday aku. masa tu agak terharu lah walaupun sibuk nak exam tapi diorang still sambut birthday aku. Diorang order macam-macam makanan sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Selain itu, kenangan yang aku ingat dengan budak kelas aku adalah masa kitorang buat sesi luahan perasaan dan jamuan makan bercama lecturer. Semasa sesi luahan perasaan tu, kitorang kena cerita apa yang korang tak suka, terasa hati ke. Semua kena cerita. Sesi tu agak mengambil masa kira-kira hampir 2 jam untuk semua cerita. Masa tu memang ada yang menangis, mata bengkak dan sebagainya. Masa sesi luahkan perasaan tiba-tiba ada salah seorang classmates menangis and pengsan cakap sakit. Memang dia tak boleh bangun. So, kitorang kena hantar dia balik. sesi luahan perasaan terhenti sekejap. Lepas semua datang balik , sesi tersebut disambung. Adil lah kan. Setiap orang tahu kesalahan masing-masing. bermula kat situ kitorang salin memaafi. Kosong-kosong. Kehidupan di Matrikulasi sangat best. I miss matriculation life!
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment