Monday, 21 December 2015

Epilog

28 April 2015- paper terakhir yang aku duduki untuk exam final. Exam yang menentukan keputusan pengajian aku selama setahun di sana. Banyak kenangan sepanjang aku dekat sana. Tidak kiralah sama ada suka ataupun duka. Kenangan yang terakhir yang aku cipta adalah dimana roomate aku sambut birthday aku. masa tu agak terharu lah walaupun sibuk nak exam tapi diorang still sambut birthday aku. Diorang order macam-macam makanan sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Selain itu, kenangan yang aku ingat dengan budak kelas aku adalah masa kitorang buat sesi luahan perasaan dan jamuan makan bercama lecturer. Semasa sesi luahan perasaan tu, kitorang kena cerita apa yang korang tak suka, terasa hati ke. Semua kena cerita. Sesi tu agak mengambil masa kira-kira hampir 2 jam untuk semua cerita. Masa tu memang ada yang menangis, mata bengkak dan sebagainya. Masa sesi luahkan perasaan tiba-tiba ada salah seorang classmates menangis and pengsan cakap sakit. Memang dia tak boleh bangun. So, kitorang kena hantar dia balik. sesi luahan perasaan terhenti sekejap. Lepas semua datang balik , sesi tersebut disambung. Adil lah kan. Setiap orang tahu kesalahan masing-masing. bermula kat situ kitorang salin memaafi. Kosong-kosong. Kehidupan di Matrikulasi sangat best. I miss matriculation life!

Prolog

26 Mei 2014- bermula lah kehidupan sebagai seorang pelajar Matrikulasi.Pada hari tersebut , aku gerak daripada segamat dalam pukul 8 pagi dan sampai matrikulasi Melaka dalam pukul 10. Pendaftaran bermula dengan keadaan sesak dan ianya mengambil masa yang lama untuk meyelesaikan pendaftran tersebut kerana ia perlu diselesaikan mengikut step. Bila dah dapat asrama and bilik yang ditetapkan. Aku pon tak sabar nak tengok bilik. Satu perkara yang aku tak suka sangat sebab nak kena angkat barang and parking kereta jauh sangat. Dah lah tengahari buta. Masa masuk bilik tu aku nampak ada 4 buah katil dimana 2 yang berada di tingkap dah ada tuan, So aku hanya ada cdua choice je. Masa tu roomate tu semua keluar belom masuk lagi.Aku pon tertunggu-tunggu jugak lah. Lepas itu seorang demi seorang masuk. Ada seorang tu masuk memang tak senyum langsung. Dalam hati aku, " isyyy, sombongnya dia ni". Pukul 4 petang tu dah start orientasi. Minggu orientasi memang penatlah. Habis pukul 12 and bangun kul 4. Pada ketika itu, benda paling yang aku rasa annoying bila handphone roomate masing-masing set alarm clock banyak kali and kuat tapi tak bangun-bangun. yang seorang tu aku agak stress lah pada mulanya sebab bunyi alarm clock ayam berkokok banyak kali. Selepas seminggu orientasi, kami memulakan sesi p&p seperti biasa.

Saturday, 19 December 2015

cik nyet

Entry kali ni aku nak bercerita pasal 'cik nyet ' .
Korang tahu tak ape tu 'cik nyet?'. Hah....
Cik nyet tu gelaran bagi monyet .
Ada satu petang ni, cik nyet n kawan-kawan dia meliar di kawasan kolej.
Banyak jugak lah sampai kan aku tak terkira berapa banyak . Mungkin dalam 10 ekor macam tu. Bunyi dia agak bising. Masa tu aku dah rasa tak sedap hati dah . Aku dah ajak roomate aku tutup lubang angin yang kat atas pintu tu . Tapi sebab roomate aku nak solat dulu  so tak jadi lah tutup. Time aku leka main phone tiba-tiba aku pandang atas and aku nampak kepala monyet yg masuk. Aku pon ape lagi kelam kabut lari masuk bilik wingmates. Jiran sebelah aku ni cool je. Dia siap tolong kitorang halau. Bila monyet dah tak ada, aku balik bilik and keadaan bilik aku ni jadi tunggang-langgang. Dengan cawan pecah semua . huh. Tapi prtang tu memang satu aras tu menjerit sebab cik nyet ni kacau . okay. Hope cik nyet ni tk kacau lagi lah .

Friday, 11 December 2015

Wifi

Kehidupan universiti ni semua gunakan sistem online. Gunakan internet. So, Wifi ni memang pentinglah bagi pelajar universiti ni. Tapi masalah wifi sampai sekarang tak selesai lagi. 
Masalah wifi.! 
Hurm, salah satu perkara yang selalu terjadi kat universiti ni. Aku pun tak tahu apa yang dah jadi dengan wifi ni. Mula-mula, aku tak rasa terbeban sangat sebab kabel boleh guna. But sekarang ni hal ni dah membebankan aku sebab kabel pun dah tak boleh guna. Huh ~Dah lah semua benda nak kena guna internet. Contoh, bila kau nak buat assignment or nak hantar assignment.  But wifi tak ada. Memang stresslah. Tambah lagi, baru-baru ni kena buat pendaftaran awal kursus secara online. Masing-masing nak daftar awal sebab takut kelas yang diorang nak tu penuh. Disebabkan tak ada wifi ni, kena turun foyer baru boleh buat semua tu. Hence, aku harap sangat wifi ni boleh diperbaiki and boleh digunakan dalam keadaan yang segera supaya ia tak membebankan pelajar.

Tuesday, 8 December 2015

Basic Wellness

Basic wellness ni merupakan salah satu subjek citra yang aku ambil untuk sem ni. Kelas basic wellness ni adalah kelas yang mengajar tentang kesihatan serta sukan. Pengajar basic wellness I kitorang panggil Kak Rien. Kak Rien ni comel je orang dia and dia sangatlah sporting. Untuk kelas wellness ni banyak aktiviti luar daripada kelas biasa. Contohnya, merapoh forest run, air terjun dan sebagainya . Merapoh forest run ni merupakan aktiviti larian sejauh 15 km atau 30 km dekat Pahang. Aku tak join lah aktiviti ni sebab ada exam. So sesiapa yang pergi tu kenalah lari sepanjang 15 km tu. Berdasarkan pengalaman mereka, larian tu sangat mencabar sebab kena naik turun bukit dan tak ada jalan yang straight. Memang penatlah . Dah lah tak ada training apa-apa but semua yang pergi tu dapat complete kan larian 15km tu walaupun tak menang. Kira okay lah kan. Kelas terakhir, kami kena lari sepanjang 2.4 km untuk tengok tahap kecergasan. 2.4 km tu 6 kali pusing trek kat stadium ukm. Kali ni aku join dan aku completekan larian tu selama 20 minit. haha. Bukan atlet kan . Tak pernah lari tiba-tiba kena lari. Memang penatlah. Sakit kaki semua ada. Kena letak ais sebab takut kejang. Kelas wellness ni memang baguslah sebab kalau tak masuk kelas ni memang tak lah nak pergi jogging kan.

Monday, 7 December 2015

BS- Batu seremban

Hai guys!
Kali ni aku dapat tema untuk tajuk blog berdasarkan huruf pertama dalam nama sendiri.
So, aku perlu fikir tajuk apa yang menggunakan huruf BS.
BS.....
Apa benda yang aku nak cerita eh?
Penat jugak lah nak fikir tajuk ni.
Akhirnya, aku dapat idea untuk buat tajuk BS iaitu Batu Seremban.
Hahhh!
Korang tahu tak batu seremban tu apa?
Batu seremban ni bukan batu yang ada dekat seremban tau.
 
 
Batu seremban ni sebenarnya sejenis permainan tradisional orang Melayu. Kebiasaannya, batu seremban ni perempuan yang main tak kiralah secara individu ataupun berkumpulan.
So, girls mesti pernah main kan .
Batu seremban ni menggunakan batu atau karung yang dijahit dan diletakkan pasir dalam kain tersebut. Ianya memerlukan sebanyak lima biji. Permainan  ni dimainkan pada masa lapang. Permainan ni agak seronok, So, bagi sesiapa yang tak pernah main. Boleh lah mencuba.
 

Travel

Travel ~
Travel ~
Travel ~
Itulah antara aktiviti yang aku suka .
Tak kisah lah luar negera ke dalam negara.
setakat ini macam-macam tempat aku dah pergi.
But baru-baru ni aku pergi Melaka dengan kawan-kawan aku.
Jalan-jalan cari makanlah katakan.
Orang lain datang Melaka tengok bangunan-bangunan bersejarah but aku datang Melaka tak hiraukan benda tu langsung. Aku lebih  prefer pergi tempat makan yang mendapat tarikan pengunjung. Mungkin sebab dulu aku belaja kat Melaka kot.
First, aku pergi Klebang. Klebang ni ada satu kedai coconut shake yang agak famous lah sampai kene beratur panjang-panjang untuk beli. Harga pun berpatutan. Dekat situ pun ade juga jual macam-macam perisa putu bambu antaranya perisa durian dan coklat.  Then, aku pergi makan asam pedas claypot. Kedai ni buka sampai pukul 4 pagi. Pukul 1 pagi still ramai n penuh dengan pelanggan. Aku pon tak tahu apa yang special . Bagi aku asam pedas tu biasa-biasa jelah dan agak hambar. Selain itu, aku jugak pergi makan big bowl ice. Big bowl ice ni macam ais kacang tapi yang ni dia gunakan buah-buahan fresh dan ais dia memang sangat halus yang perbuat daripada caramel ataupun milk. Memang sedaplah. So, sesiapa yang suka makan ice kacang boleh lah try big bowl ice.



Big Bowl Ice - milk fruity ice with passion fruits

 
 

Over Confident

Over Confident ?
Apa itu over confident?
Pernah tak korang rasa over confident ?
Over confident iaitu perasan terlalu yakin. 
Dimana seseorang memandang sesuatu perkara itu dengan  cara yang remeh.
Sebagai contoh, kebanyakkan pelajar terlalu yakin dalam menjawab peperiksaan.
Mereka beranggapan bahawa mereka boleh menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Namun, apabila mereka mendapat keputusan , keputusan mereka jauh berbeza dengan anggapan mereka. Pada masa itu, mereka mula merasa diri mereka down dan pelbagai persoalan timbul dalam diri mereka. Mereka juga akan merasa menyesal.
Kesimpulannya, jangan terlalu over confident terhadap sesuatu perkara kerana ia akan memakan diri kita sendiri.
 

Tuesday, 24 November 2015

Trip to Cameron Highland

Trip to Cameron Highland
Kali ini aku nak cerita sikit pasal trip yang aku join. Trip pergi Cameron Highland. Trip ini hanya bayar Rm30 sahaja untuk dua hari termasuk makan pagi dan malam serta penginapan. Murah kan? Rugi lah bagi sesiapa yang tak join. 

Day 1
Kitorang sampai puncak cameron highland tu nak subuh. Singgah dekat masjid kejap. Masa tu kitorang masing-masing tak pakai baju sejuk. Memang menggigil lah jalan and air dia sejuk yang teramat sangat. Memang tak sangguplah.
Masa ni, kitorang tengah berkumpul untuk tunggu yang lain siap. ni semua classmates and yang duduk tu pensyarah akaun and family dia. 
Lepas semua siap, kitorang pergi ke bee farm dan jugak ladang teh.

Cantikkan ladang teh ni. masa nak masuk ladang teh ni kita kena naik transport yang dia sediakan ataupun naik kereta sendiri. Bas yang disediakan untuk naik ke ladang teh ni bas yang dah lama. Sepanjang perjalanan tu memang takot lah sebab cerun and jalan dia sempit sangat. Bila dah sampai. First things yang kita buat ialah pergi tengok cara memproses teh. Lepastu kitorang bebas nak pergi mana-mana pon. Aku dengan kawan-kawan terus turun ke ladang  teh sebab excited sangat nak tangkap gambar pemandangan. Lama jugak lah kita kat situ tak silap sampai petang kat situ sebab kena tunggu transport. Waktu malam pulak, kitorang pergi pasar malam. Memang ramai orang kat situ. Kitorang pon ape lagi shopping lah kat situ . Beli strawberry kering san sebagainya.
Day 2


Hari kedua kitorang pergi kat sini. Lupa nama dia apa. Kat sini kitorang tengok pokok strawberry and beli. Kat sini dapat minum air strawberry fresh , ice cream dan banyak lagi. Lepastu Kitorang pergi pasar untuk beli cenderamata ke buah-buahan ke. Semua ada. Sebelum balik kolej kitorang singgah air terjun. Air terjun tu memanglah best . Tapi sayangnya, pensyarah tak bagi mandi sebab takot benda yang tak diinginkan berlaku. 
Macam ni jelah trip ke Cameron Highland. 
Seronok sebab dapat holiday dengan kawan-kawan. Pengalaman .

Monday, 23 November 2015

Emosi

Emosi?
Aku pon tak tahu nak cerita pasal apa. 
Satu tajuk yang agak susah bagi akulah.

Secara general emosi merupakan pergolakan perasaan yang dialami oleh setiap individu tak kiralah  perasaan sedih ataupun marah. 
Namun, mampukah seseorang itu mengawal emosi mereka ?
Ianya bergantung kepada individu tersebut. 
Bagi sesetengah individu, apabila mereka marah, mereka lebih prefer mendiamkan diri, pendam dan  sampai satu masa mereka akan ‘explode’ . Iaitu dimana mereka akan lepaskan semua secara  sekaligus. 
But, ade sessetengah individu, mereka akan melepaskan rasa marah itu dengan cara melepaskannya  terhadap sesuatu objek, individu ataupon dengan cara menangis. 
Sebagai contoh melepaskan marah terhadap objek ialah menumbuk dinding, menumbuk almari dan  sebagainya. Dengan cara itu baru mereka akan rasa lega. 
Kalau aku, aku jenis yang pendam dan sampai satu masa ianya akan ‘explode’. 
So, setiap orang mesti mempunyai cara-cara masing untuk lepaskan emosi mereka sama ada cara itu betol ataupun tidak. 

Exicon talent

Exicon Talent ?

Apa tu?

Tak pernah dengar pon.

Bagi bekas pelajar matriks Melaka, mesti diorang tahu exicon talent tu ape.
Sini , nak bagitahu korang .
Exicon Talent tu salah satu program ekonomi berbentuk hiburan. Persembahan mengikut bab yang ditentukan dan mesti mempunyai isi tentang bab tersebut dan semua ahli kelas mesti terlibat dalam persembahan tersebut.

Pada mulanya, program ini dianjurkan khas bagi kuliah 1 masa sem 1 tapi sem 2 setiap kuliah diwajibkan untuk bertanding. Masa sem 1, pada mulanya kitorang nak buat lakonan. But, normal lah kalau dalam satu kelas tu ade yang tak sekepala. Komen itu ini lah. So last minit, diorang pergi tukar daripada lakonan kepada boria sebab ade yang tak nak lakonan. Senang cerita diorang tu apa yang orang lain cadang semua dia tak nak . tak tahulah kenapa. The bad things bila esok nak present malam tu baru sibuk nak buat lirik boria , pergerakan dan nak kena hafal lagi. Korang mesti boleh bayangkan kan macam mana persembahan kelas kitorang masa sem 1. Huh.. Tapi masa sem 2 tu okaylah . diorang bagi kerjasama walaupon ada yang datang lambat. Masa sem 2, kitorang buat nyanyian dengan menukarkan lagu hindustan dengan lirik berkaitan isi ekonomi dan jugak persembahan penutup lagu memori tercipta. Persembahan kali kedua ni memang puas hati lah sebab semua buat yang terbaik.Hafal lirik and pergerakan semua. Pensyarah ekonomi pon sampai cakap semua kelas terbaik . Memang happy lah. Ni lah salah satu kenangan yang tak boleh dilupakan .
 masa persembahan

latihan.

Rekacipta dan inovasi

Rekacipta dan inovasi ?
Rekacipta merupakan satu proses penghasilan produk baru manakala inovasi adalah penghasilan produk yang lebih baik dengan cara penambahbaikan. 
Berkaitan rekacipta dan inovasi, aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku semasa menyertai pertandingan rekacipta dan inovasi masa kat matrik dulu. 

Masa tu setiap kelas kena dan wajib hantar wakil 3 orang satu group. Dia beri tempoh dua minggu untuk kita siapkan report projek. Pertandingan agak mencabar lah. Kelas pada mulanya tak ada wakil pon. Masin-masing diam je. Lagi seminggu sebelum due date hantar report. Aku decide nak join dengan ketua praktikum.Group kitorang terdiri daripada aku , Nasuha and Anis. Kitorang decide untuk buat vibrating pillow with alarm. Kitorang kena buat report untuk projek tu . Apa kebaikan dia, kos yang diperlukan , kenapa nak hasilkan barang tu. Masa nak buat report tu memang masing-masing tidur 3 pagi siapkan report sebab nak kena hantar. Pertandingan ni ade 100 lebih kumpulan yang hantar report. So , kitorang tak expect pun untuk pergi ke stage seterusnye sebab pesaingan semua sengit. 

Kemudian, bila result keluar . Hanya 50 pasukan sahaja yang layak pergi final dan kitorang merupakan salah satu kumpulan yang layak. Untuk final, kitorang kena hasilkan barang tersebut untuk demo. Masa diberi hanya sebulan . Masa tu memang tertekan , mencabar dan sangatlah busy.
Sebab nak kena cari guru pembimbing, nak cari barang lagi , nak bagi connection untuk vibrate kan pillow and alarm. Dah lah kitorang semua tak mahir fizik sebab amik fizik masa form 4 and 5. Tahu sikit-sikit je teori. Atlast, kita mintak tolong orang makmal untuk connect kan benda tu. Lagi beberapa hari nak present wire pulak terbakar. Huh. rasa macam nak menangis. Tapi buat lagi sekali dan menjadi. Malangnya, kitorang tak sempat untuk connect dengan alarm dan masukkan dalam bantal. Kita hanya demo je. Pertandingan final ada pameran selama 3 hari , dan kitorang kena present depan 10 orang juri . Macam-macam soalan dia tanya and group kitorang tak menang masa tu. But, its okay . Pertandingan memang lah ade yang kalah .


Cuti

Hai !

Macam mana dengan  cuti mid sem korang ?
Cuti yang dikira agak panjang lah . Seminggu kan.
But, ade certain orang cakap seminggu tu sekejap je sebab pejam celik pejam celik dah habis cuti.
So, apa yang korang buat masa cuti tu?
Duduk rumah , makan tido je?
Ke ade keluar pergi melancong dengan family or dengan kawan-kawan?

Cuti mid sem aku ni biasa-biasa je. Tak gempak and tak menarik pon.
Masa cuti tu parents adalah jugak bawak pergi air terjun. Itu pon sebab adik aku nak sangat pergi air terjun lagipon diorang pon cuti deepavali kan . So apa lagi pergi lah air terjun. Family aku ni memang suka pergi air terjun sebab air dia sejuk.

Masa hari tersebut, kami bergerak dari rumah dalam pukul 12 tengahari lepas barang semua dah siap pack. Lepastu, singgah jap kat rumah nenek aku sebab nak bawak adik sepupu aku sekali. Memang kereta penuh lah dengan budak kecik. Riuh sangat. Sepanjang perjalanan, budak-budak tu semua dok asyik tanya je 'kak, bila nak sampai?'. Budak-budak kan excited sangat. Aku macam tu jugak masa kecil dulu. Perjalanan amik masa dalam sejam. Lepas dua jam mandi, tiba-tiba hujan lebat. Kelam kabut kemas barang . Nasiblah tak mandi kat bahagian atas. Senang sikit nak pergi kat tempat parking kereta. Hujan makin lebat berpetir. So, kitorang decide terus balik. Dalam kereta, adik sepupu aku buat lawak. Dia cakap ' nanti hujan berhenti kite pergi balik kan'. Satu kereta gelak.
macam ni lah cuti aku.Happy sebab dapat spent quality time dengan family. Berborak semua. Kalau tak bila lagi nak spent masa dengan diorang. Hari-hari lain dah sibuk kerja dah.
Kesimpulannya, spent-lah masa dengan family selagi ada masa.

BYE !


Sunday, 22 November 2015

Nafsu

Nafsu......
Nafsu merupakan keinginan sesorang untuk melakukan sesuatu perkara mengikut pemikiran
Bila cakap pasal nafsu je. Of course semua terfikir benda yang buruk, tak baik , negative dan sebagainya lah .
Pandangan ini tak pernah lari dari kehidupan kita.
Selalu kita dengar akhbar pasal penderaan kanak-kanak, seksual , culik , pembuangan bayi dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.
Semua  ni berlaku disebabkan nafsu.
.
But..........
Pernah tak korang terfikir bahawa tak semua nafsu boleh membawa kepada perkara yang buruk?
Nafsu jugak ada nafsu baik. Menurut islam, contoh nafsu baik ialah nafsu mardiah.
Okay. stop berkaitan nafsu berkaitan islam sebab aku pon sendiri tak arif sangat dan bukannya 'ustajahh' untuk cerita secara details.  
 
So,
Aku prefer untuk bercerita tentang nafsu shopping.
Kalau shopping je of course lah label tu jatuh kat perempuan.
Well, perempuan normally memang kaki shopping . Perempuan yang bukan kaki shopping tu memang luar biasalah . Tabik diorang.
Perempuan bila shopping ni kekadang "tak ingat dunia". Tambah lagi kalau ade sale . Perghh , memang dari satu kedai ke satu kedai dia masuk. Makin banyak kedai dia masuk, makin banyak barang dia beli. Bagi certain perempuan, diorang tak kisah kalau duit habis janji diorang dapat kepuasan. Ada jugak yang sanggup berhutang dengan menggunakan kredit kad untuk dapatkan barang yang diorang nak. Ade yang terpaksa mebayar hutang yang banyak disebabkan perkara ni . Cara terbaik untuk menhan diri daripada shopping, kenalah buat list barang yang perlu dan jugak membawa duit yang mencukupi sahaja.
 
Peringatan : bershopping tu kenalah ikut kemampuan ye ..

Tuesday, 17 November 2015

PARIS

Pernah tak korang rasa teringin nak pergi ke Paris?
Bagi saya, Paris merupakan salah satu tempat yang saya ingin pergi jika berkesempatan. Paris adalah salah satu tempat yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong. 
Ianya dikenali dengan Ia Ville Lumiere iaitu bandar bercahaya kerana pada waktu malam ianya diterangi dengan cahaya lampu. 
Antara tempat menarik di Paris ialah: 

The Lourve Museum
 The Lourve museum merupakan satu museum seni , reka bentuk dan juga tempat bersejarah . Museum ini sangat besar dan memaparkan pelbagai jenis karya. Antaranya monalisa. Venus de Milo , Egyptian antiquities.

Eiffel Tower
Eiffel tower merupakan menara besi yang dibina selama 2 tahun . Menara ini menjadi simbol Perancis. Ia mempunyai ketinggian 300 meter. Menara ini dikunjungi lebih daripada 200 juta orang sejak ianya dibina. 

Monday, 16 November 2015

Makanan

Makanan.
Kalau cerita bab makan je nombor satu.
Lagi-lagi kalau time lapar.
Macam-macam jenis makanan disebut.
Okay, hari ini saya nak share makanan yang famous di Penang sebab penang memang  'syurga makanan' .
Kalau pergi Penang tak sah lah kalau tak pergi makan pasembor, nasi kandar, char koay teow .
Penang juga famous dengan jeruk.


PASEMBOR


Bagi sesiapa yang tak tahu pasembor tu apa. Inilah rupa pasembor . Pasembor ni merupakan salad india Malaysia. Ia terdiri daripada timun,bawang, ubi kentang, sotong goreng dan sebagainya. Ia dihidangkan dengan kuah manis berempah. Kuah dia lebih kurang kuah kacang lah . Pasembor ni boleh didapati di sekitar Gurney.

NASI KANDAR



Yang ni pulak Nasi Kandar. Nasi Kandar ni memang famous lah kat Penang. Nasi Kandar merupakan nasi yang dihidangkan dengan pelbagai jenis kari yang dicurah ke atas nasi. Tempat yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya ialah Nasi Kandar Line Clear dan Nasi Kandar Beratur.

JERUK


Jeruk juga merupakan tempat tumpuan orang ramai terutama sekali pelancong. Terdapat pelbagai  jenis jeruk yang boleh didapati contoh jeruk betik , buah pala dan sebagainya. harga jugak berpatutan.

So, bagi sesiapa yang nak melancong ke Penang. Jangan lupa singgah ye ~

Friday, 30 October 2015

Tumor

Hai.
Topik kali ini saya nak bincangkan serba sedikit maklumat berkaitan 'TUMOR'.
Tumor atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan merupakan satu penyakit yang sangat ditakuti oleh golongan masyarakat. Kebanyakkan pesakit tumor ini didominasi oleh wanita.

Tahukah anda bahawa ketumbuhan dan kanser adalah berbeza ?

        Ketumbuhan merupakan ketulan atau luka yang terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal . Manakala,  kanser merupakan pertumbuhan sel dalam badan secara tidak terkawal dan akan merebak ke tisu-tisu dalam badan.

      Oleh itu, bukan semua tumor adalah kanser . Tumor terbahagi kepada dua iaitu 'benign' atau 'malignant'. Benign merupakan satu tumor yang tidak merbahaya iaitu ketumbuhan yang terhad berlaku pada bahagian tertentu. Ianya tidak akan merebak ke tisu-tisu yang lain dalam badan dan ianya tidak membawa kepada maut. Malignant pula berlaku jika pertumbuhan sel akan menyebabkan ianya merebak ke sel-sel atau tisu-tisu dalam badan. Oleh itu, Tumor malignant akan menjadi kanser.

      Walaubagaimanapun, penyakit ini masih boleh dirawat. Untuk tumor benign, pembedahan diperlukan bagi mengeluarkan ketulan yang ada pada anggota badan. Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan bagi merawat cancer contohnya pembedahan untuk membuang tisu kanser, kemoterapi, dan terapi radiasi.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga kerana penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa pon tidak mengira umur . Medical checkup dari semasa ke semasa amat penting. Hope info ni berguna.

Tuesday, 27 October 2015

SESAL

Sesal ? 
Apa yang korang sesalkan ?
Sesal sebab study last minutes?
      OR
Sesal sebab tak dapat apa yang korang nak ?
Sesal separuh nyawa ?
Nak menangis?
Tertekan ?
Semua tu datang sekaligus.
Tak diundang.

Okay. Berdasarkan intro korang tahu yang topik aku nak post berkaitan sesal .
Bagi aku, perkara yang aku sesal sebagai seorang pelajar bila aku tak boleh nak jawab soalan exam.
Masa tulah, dalam otak bercelaru nak ingat semua. Belek-belek kertas soalan berkali-kali tapi still tak dapat jawapan. Time tu mula lah rasa menyesal sebab tak ingat formula lah, tak fokus bab tu betol-betol. Study last minutes . Pelbagai penyesalan korang rasa. Bila soalan exam susah, macam-macam reaksi candidates yang korang nampak, ade yang diam , ade yang nangis kat luar dewan exam. Macam-macam ragam .
So, kita kene study smart supaya kita tak sesal pada masa akan datang .
Last, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
BYE!

Sunday, 18 October 2015

WORKERHOLIC

 Tahukah anda??
 Apakah perkara yang sangat memalukan oleh masyarakat jepun?
Situasi ini berlaku apabila seorang isi rumah melihat suaminya pulang awal dari kerja.

Workerholic.
Apakah itu workerholic?
Workerholic didefinasikan dengan satu sifat "hidup untuk bekerja".
Oleh itu, Workerholic ini digambarkan sebagai seseorang yang hidup di dunia ini semata-mata untuk bekerja sahaja.
Inilah yang saya ingin kaitkan dengan kehidupan masyarakat Jepun yang malu apabila ahli keluarga mereka pulang awal daripada kerja .
Tutup cerita tentang kehidupan masyarakat yang malu dengan perkara tersebut.

Mari kita beralih dengan sifat workerholic.
Di dunia ini, kajian menyatakan terdapat 14 buah negara yang mempunyai peratusan rakyatnya adalah kalangan workerholic.

  Senarai negara yang dicatatkan sebagai workerholic :

  1. Jepun 
  2. Australia
  3. Afrika selatan
  4. Korea Selatan
  5. Amerika Syarikat
  6. Kanada
  7. Brazil
  8. India
  9. Sweden
  10. China
  11. Poland
  12. Itali
  13. Russia
  14. Mexico 

Beban

Load?
Burden?
Dua-dua membawa maksud yang sama iaitu beban.
Beban membawa banyak maksud dari segi yang berbeza.

Beban :
-Tanggungjawab yang dipikul.
-muatan yang berat.
-tugasan kerja yang terlalu banyak.

Setiap orang mesti mempunyai beban yang dipikul tidak kiralah dari segi apapon .
Ada yang beban dari segi kewangan, pelajaran.
Bagi saya sebagai seorang pelajar baru universiti, beban yang saya pikul adalah dalam mengadaptasi kehidupan di universiti dan cara pembelajaran di sini.
Cara pembelajaran disini adalah lain daripada sekolah dan matrikulasi. Dekat sini kita tak boleh bergantung dengan lecturer je. Nota yang disediakan pon tidak mencukupi so kita kena cari bahan bacaan yang lain untuk mendapat maklumat yang terperinci.
Dari segi assignment, soalan yang diberikan memerlukan kefahaman semasa di kuliah . kalau tak , kita tak boleh nak buat dan faham. Soalan dia boleh dikatakan High critical thinking level lah .
Hence, kita kenalah pandai manage sendiri kehidupan sebagai seorang mahasiswi .








Saturday, 17 October 2015

10.10

10.10 ?

Kenapa dengan 10.10 ? 

Ada apa ?

Masa mula-mula dapat tema ni rasa macam blurrrr sebab tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba terfikir yang 10.10 tu Hari Sukan Negara.

Pada tahun ini , Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10.10.2015 . Ianya berlangsung secara serentak di seluruh negeri . 

Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja , ianya juga menitikberatkan penglibatan secara bersama bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat tidak mengira kaum , agama dan juga budaya . 

Pelbagai program yang dianjurkan dalam program ini . Antara program utama ialah Penang Bridge Challenge, Kayuhan Hari Sukan Negara, Upm Run Forest Run dan banyak lagi . 
 Penang Bridge Challenge
Kayuhan Hari Sukan Negara

Kerajaan mengalu-alukan masyarakat untuk menyertai program ini bagi menyemarakkan lagi program tersebut .  
Bagi saya, program ini amat bagus bagi masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan memberi kesedaran kepada masyarakat. 
Last but not least , join lah Hari Sukan Negara pada tahun akan datang ye . 
Bye !


Saturday, 10 October 2015

CULTURE SHOCK

Suasana belajar di Universiti adalah berbeza dengan di Matrikulasi . Kekadang rasa macam culture shock pon ade jugak . Maklumlah dulu kat Matrikulasi terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Keluar outing pon hanya dibenarkan hari Jumaat sampai Ahad dari Pukul 7 pg sampai 7 malam . Kalau balik lewat , mula lah hidup macam penjara , terkurung je kat kolej sebab kad matrik kene block sebulan.  Nak balik rumah pon kene tunggu tarikh balik bermalam. Pakaian pon kene ikut peraturan , kalau pergi kuliah just boleh pakai bajukurung yang berpesak dan kasut mesti bertutup. 

Tapi.. Bila dah belajar kat universiti semuanya dah lain. Senang cerita bebas lah . Kau nak buat apa pon takde org yang kisah.Tiap-tiap minggu korang boleh balik. Nak keluar bila-bila pon boleh. One more things, pembelajaran di universiti tak macam kat matrikulasi ade lecturer yang push. Kat sini korang kena pandai manage sendiri. For me , pelajar baru agak rase culture shock lah bila nak pergi kelas pada permulaanya terfikir boleh ke pakai baju ni.? Boleh ke balik malam . Bila balik lewat sikit je dah rasa resah sebab dulu kat matrikulasi tk boleh macam ni . Bila ada assignment je kene terus buat, lecturer takde push . Kesimpulannya, kita kena pandai manage masa kat universiti and yang paling penting jaga diri . okayy . 

SAHABAT

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Pernah tak korang dengar rangkap lagu ni . Lagu yang pernah Top seketika dahulu yang dinyanyikan oleh Najwa latif.
SAHABAT...
-Seorang yang akan ada saat kita susah dan senang.
-Seorang yang akan motivate kita masa kita jatuh dan bukannya memperlekehkan atau mengumpat kawan sendiri. 
- orang yang kita percaya untuk mengadu atau bercerita masalah kita tak kira lah masalah peribadi ataupun pelajaran . 

Aku ade sorang kawan yang aku kenal dari sekolah menengah sampailah sekarang. Dia salah sorang sahabat yang sentiasa ada dengan aku. Dari Form 1 sampai form 5 kelas yang sama. Masuk kolej Matrikulasi yang sama and now Universiti yang sama . Tapi  kolej kediaman yang berlainan. KAB dengan KIZ agak jauh . Susah nak jumpa walaupun satu fakulti. 
Dialah tempat aku bercerita, tempat mengadu. Bila dia tahu aku sakit, suruh aku pergi klinik lah , beli vitamin lah , macam2. Dia pulak yang risau . Hurm , Thanks sebab ade disisi aku bila aku susah n senang . Rinduu kau .

Friday, 2 October 2015

MENTOR

MENTOR ?

Kenapa perlu ade mentor ?

Apa peranan mentor ?

Kenapa perlu ada program mentor-mentee ?

Semua persoalan berada di fikiran bagi sesorang yang bergelar pelajar. 
Saya akan jawab persoalan tersebut.

Setiap tempat pengajian atau tempat belajar sama ada di sekolah mahupun di universiti  mesti mempunyai program mentor-mentee. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai mentor masing-masing.
 
Apa itu Mentor-mentee ?

- Mentor merupakan kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada seseorang. Kebiasaannya , mentor mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

- Mentee merupakan individu yang kurang berkemahiran dan pengalaman atau seorang pelajar.

Peranan Mentor :

- Mentor berperanan untuk menasihati mentee jika perlu. Sebagai contoh, apabila keputusan peperiksaan mentee semakin menurun maka mentor berperanan untuk berjumpa dan bertanya kepada mentee masalah yang dihadapi serta menasihatinya. Secara tidak langsung mentor memainkan peranan penting sebagai pembimbing secara berterusan bagi mengembangkan potensi dan bakat pelajar .

Konklusinya, program mentor-mentee diadakan bagi mengelakkan pelajar daripada tercenderung dengan perkara yang negatif dan memberi sokongan kepada pelajar bagi mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran.


Monday, 28 September 2015

Obses

Apa itu OBSES ?
Sesetengah orang tahu cakap obsess tetapi ade daripada mereka yang tidak tahu maksud sebenar perkatan "OBSES". 
Obses merupakan sesuatu yang boleh mengganggu atau menghantui fikiran seseorang atau lebih mudah dikenali sebagai taksub terhadap sesuatu. Taksub terhadap sesuatu boleh memberi impak negatif dan juga positif bergantung kepada pemikiran seseorang. Sebagai contoh pada masa kini kebanyakkan masyarakat obsess terhadap k-pop mahupun gadget. Untuk itu saya lebih prefer untuk bercerita pasal obsess terhadap k-pop. Dari pandangan saya, kebanyakkan masyarakat yang obsess terhadap k-pop adalah daripada golongan remaja terutamanya wanita mahupun golongan ibu-ibu di luar sana. Tak kira lah sama ada mereka obses terhadap running man , drama , band or sebagainya. 
Melalui pengalaman saya berdasarkan kawan sekeliling saya, ada yang daripada mereka terlalu obsess terhadap running man sehingga sanggup tidak tidur malam semata-mata tengok running man. Untuk pengetahuan, saya juga penggemar running man, namun saya tidaklah terlalu obses sampai tak tidur.  Ada jugak yang suka artis korea disebabkan kecantikan or kekacakan mereka sehingga ada yang sanggup pakai apa-apa produk untuk kelihatan cantik macam mereka.
Kesimpulannya, obses boleh terbahagi positif dan juga negatif. Positif apabila menjadikan mereka sebagai Idola untuk mencapai kejayaan. Contoh negatif pula terjadi apabila seseorang itu melakukan kesalahan tapi kamu tetap menyokong dia. So kita kena tahu beza sama ada obses kite kearah positif atau negatif . Sekian.

About Me

Assalamualaikum and hi everyone ,

I'm just a new blogger so I don't know how to ber-blogger actually .But I will try to do my best on blogging.  Now, let's begin with knowing about me.
     Nama aku Balqis Syazwani Binti Baharuddin . You all boleh panggil Balqis. Im just ordinary girl yang berasal dan menetap di Johor. Kelebihan yang ada pada aku ialah aku boleh ber-communicate dalam bahasa cina. Its quite fun learning Chinese sebab korang akan tahu apa yang orang kutuk pasal kau and bila korang shopping korang boleh cakap cina untuk tawar harga .
      Next, aku pernah hidup sebagai anak tunggal selama 16 tahun and sekarang bukan lagi anak tunggal sebab dah ade adik berumur 3 tahun. Kehidupan anak tunggal kekadang best sebab aku boleh dapat ape yang aku nak . But sometimes aku akan bosan sebab aku tak tahu nak bercakap or bermain dengan sesiapa pon selain daripada parents. Since dah ada adik ni, semua berubah. aku tak rasa bosan sebab boleh bermain,bergurau and gelak tawa dengan dia walaupon jurang umur agak jauh . For me , family bonding never ends. So bila korang dengan family hargai lah masa dengan family.
      Okay , setakat ni je lah post aku yg  pertama ni. Kesuntukan idea. BYE !